BE CONNECTED WITH US:

world-wide-web_318-9868    LinkedIn    Twitter    Facebook    Instagram   


 

PMB TIJARI TUMPU KEWANGAN ISLAM

 

Putrajaya : Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, melancarkan PMB Tijari Berhad, anak syarikat baharu milik Pelaburan MARA Berhad (Pelaburan MARA) yang akan menumpukan kegiatannya dalam perkhidmatan kewangan Islam. Timbalan Perdana Menteri turut menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Pemegang Saham PMB Tijari Berhad antara Pelaburan MARA dengan Islamic Corporation for the Development of the Private Sector (ICD), iaitu sebuah anak syarikat Kumpulan Bank Pembangunan Islam (IDB) yang berpengkalan di Jeddah, Arab Saudi.

 


Muhyiddin berkata, perjanjian yang dimeterai membolehkan ICD memegang lebih kurang satu pertiga daripada ekuiti PMB Tijari. Ini menunjukkan tahap keyakinan ICD untuk terus melabur di Malaysia, sebuah negara anggota Pertubuhan Kerjasam Islam (OIC), selaras dasar ICD untuk membantu dalam pembangunan pasaran kewangan dan modal Islam di negara anggota.

 


Inisiatif Baharu


Ia melambangkan keyakinan ICD terhadap Pelaburan MARA memandangkan pegangan pelaburan ICD ditingkatkan daripada 10 peratus sebelum PMD Tijari diambilalih Pelaburan MARA kepada 33 peratus selepas perjanjian ini. “Saya berharap dengan jaringan yang ada pada ICD dan IDB ini, PMB Tijari dapat meluaskan perkhidmatan bukan sahaja di negara ini, tetapi juga 55 negara anggota OIC, ” katanya ketika merasmikan Majlis Penjenamaan Semula Identiti Korporat Pelaburan MARA Berhad dan Pelancaran PMB Tijari Berhad di sini, semalam.

 


Selain itu, Muhyiddin berkata, banyak inisiatif baharu sudah diperkenalkan Pelaburan MARA, selain daripada pengurusan unit amanah selaras Pelan Transformasi MARA 2011-2015. “Kini dapat dilihat melalui pulangan pelaburan dana dalaman yang menjangkau hampir 13.5 peratus pada tahun 2013,” katanya.