PMB Tijari Berhad telah beroperasi selama 10 tahun, manakala pegawai-pegawai yang berkhidmat di syarikat ini rata-ratanya terdiri daripada pakar industri dari sektor perbankan dan kewangan dengan pengalaman lebih sedekad. Syarikat ini disokong oleh kakitangan dengan kepakaran dalam bidang masing-masing sehingga memacu pencapaian Syarikat sehingga kini.
 

Kami berusaha untuk menyediakan produk dan pakej pembiayaan patuh Syariah yang menarik, komprehensif dan berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan dan objektif setiap segmen pelanggan. Kami juga berhasrat untuk menjalin hubungan rapat dengan setiap segmen pelanggan bagi memastikan produk pembiayaan yang tepat dan sesuai dengan keperluan pelanggan pada kadar yang kompetitif serta berpatutan. Selain itu, kami turut menyusun kemudahan pembiayaan terutamanya untuk segmen komersial, dengan hasrat membantu mengurangkan perbelanjaan modal, membaiki pengurusan aliran tunai dan menurunkan risiko inflasi.

Kami berusaha untuk:

icon

Menyediakan produk dan pakej pembiayaan patuh Syariah yang menarik, komprehensif dan berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan dan objektif setiap segmen pelanggan.

icon

Menjalin hubungan rapat dengan setiap segmen pelanggan untuk memastikan produk pembiayaan yang tepat dan sesuai dengan keperluan pelanggan pada kadar yang kompetitif serta berpatutan.

icon

Menyusun kemudahan pembiayaan terutamanya untuk segmen komersial, dengan hasrat membantu mengurangkan perbelanjaan modal, membaiki pengurusan aliran tunai dan menurunkan risiko inflasi.