Produk kewangan asas yang ditawarkan di bawah program ini adalah Kemudahan Pembiayaan berlandaskan konsep Murabahah, Tawarruq dan / atau Ijarah. PMB Tijari menyediakan kemudahan kredit pusingan dan / atau kemudahan jangka pendek mengikut keperluan Pelanggan. Program pembiayaan ini adalah khusus untuk pelanggan melibatkan Kontraktor Utama atau Sub-Kontraktor yang memperolehi kontrak daripada Kerajaan, Agensi Kerajaan atau Syarikat Berkaitan Kerajaan dan / atau Syarikat bereputasi tinggi.
Pembiayaan invois adalah bentuk pembiayaan jangka pendek yang diberikan kepada pelanggan berdasarkan invois yang belum dibayar. Melalui pembiayaan invois, PMB Tijari membantu pelanggan memendekkan tempoh keperluan kewangan untuk meningkatkan modal kerja, selain mendapat dana segera untuk perniagaan yang boleh digunakan bagi membiayai perbelanjaan.
Pembiayaan ini bersifat pusingan dan biasanya digunakan untuk memudahkan kontrak bersaiz kecil (antaranya pesanan pembelian, invois, pesanan kerja atau sebarang bentuk dokumen lain yang berkesan) tetapi secara tetap.
Pembiayaan Kontrak Khusus/Tertentu di mana pada akhir tempoh kontrak, kemudahan pembiayaan yang diluluskan akan diselesaikan sepenuhnya, dan/atau had akan dikurangkan dan/atau dibatalkan.
Mendapatkan surat sokongan kewangan adalah proses untuk mengesahkan ketersediaan bantuan kewangan untuk memenuhi keperluan dan objektif kewangan pelanggan. PMB Tijari sedia mempertimbangkan pemberian kemudahan pembiayaan bagi menyokong projek pelanggan sekiranya syarikat berjaya dalam permohonan tender.