Pengurus Kanan Akaun dan Kewangan
Mohammad Nazri Daud telah berkhidmat selama lebih sedekad di PMB Tijari dan 7 tahun di Pelaburan MARA Berhad. Tanggungjawabnya termasuk pembiayaan korporat, penambahbaikan perniagaan dan pembangunan strategi kewangan. Beliau mempunyai lebih daripada 19 tahun pengalaman dalam pelbagai aspek pembangunan industri kewangan termasuk Operasi, Strategi dan Perancangan Perniagaan serta Akaun. Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Syariah dan Pengurusan) dari Universiti Malaya (2004).