KENYATAAN MEDIA - BERNAMA: Skim Pembiayaan bantu IPTS Bumiputera yang terjejas akibat COVID-19

22-04-2025

BERNAMA - Skim Pembiayaan bantu IPTS Bumiputera yang terjejas akibat COVID-19

PUTRAJAYA, 28 Okt – Kabinet telah bersetuju untuk melaksanakan Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM) melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi meringankan beban dan memastikan kelangsungan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) Bumiputera yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet pada 21 Oktober.

Beliau berkata, Majlis Amanah Rakyat (MARA) selaku agensi pelaksana telah diperuntukkan RM300 juta, dengan RM150 juta untuk tahun 2020 dan RM150 juta lagi untuk tahun 2021.

“Skim SPiM ini akan dilaksanakan sepenuhnya oleh anak syarikat MARA dengan had pembiayaan tidak melebihi RM50 juta.

"Penilaian terhadap had pembiayaan adalah tertakluk kepada keperluan serta keupayaan bayaran balik pemohon,” katanya.

IPTS Bumiputera yang berdaftar di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) layak untuk memohon skim ini.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di: www.pmbtijari.com.my/spimpenjana

BERNAMA
28/10/2020 | 08:16 malam
Sumber asal di sini