Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. MARA ditubuhkan pada 1 Mac 1966 sebagai sebuah badan berkanun melalui Akta Parlimen hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun 1965. Majlis ini bertanggungjawab untuk membangunkan, memudahkan dan menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia, khususnya di kawasan luar bandar.
MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corporation) ditubuhkan pada tahun 2016 sebagai syarikat pegangan pelaburan ekonomi impak milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Objektifnya adalah untuk mengurus dan membangunkan entiti komersial MARA di bawah satu entiti tunggal. Sebagai pelabur ekonomi impak, MARA Corporation mencipta dan membangunkan pelaburan dalam sektor utama untuk memberikan pulangan kewangan secara berskala dan mampan yang membentuk industri dan menyampaikan hasil sosio-ekonomi. Strategi pelaburan MARA Corporation tertumpu kepada negara ASEAN yang kian berkembang pesat dengan memanfaatkan Malaysia sebagai penghubung.
Pelaburan MARA Berhad (Pelaburan MARA) adalah syarikat pelaburan strategik dan pengurusan aset yang dimiliki sepenuhnya oleh MARA Corporation. Ditubuhkan pada 24 Jun 1967, Kumpulan ini terlibat dalam pelaburan ekuiti swasta, pengurusan dana portfolio, pengurusan unit amanah, perkhidmatan kewangan, dan penasihat korporat.