Di bawah konsep Murabahah, PMB Tijari membeli asset untuk membekalkannya kepada pelanggan yang tidak mampu membuat pembelian secara langsung. Selepas itu, PMB Tijari akan menjual aset tersebut kepada pelanggan dengan harga kos ditambah keuntungan di mana keuntungan tersebut akan ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak melalui perjanjian Murabahah tersebut. Terdapat beberapa jenis pembiayaan yang boleh menggunakan kontrak Murabahah iaitu pembelian aset, bahan, peralatan dan mesin.
Pihak berkontrak
Asset
Harga
Pelanggan mengenal pasti peralatan
PMB Tijari membeli peralatan (kos)
PMB Tijari menjual peralatan kepada pelanggan (kos + keuntungan)
Pelanggan membayar harga jualan (kos + keuntungan) secara bayaran tertangguh