(Jualan tunai bagi barang/peralatan yang dibeli secara bayaran tertangguh)
Konsep ini melibatkan PMB Tijari membeli komoditi daripada pembekal dan menjualnya kepada pelanggan secara bayaran tertangguh. Selepas itu, pelanggan akan menjual komoditi yang sama kepada pihak ketiga secara pembayaran tunai. Hasil daripada jualan tersebut akan dikreditkan ke akaun pelanggan dan pelanggan membayar balik kepada PMB Tijari (kos ditambah keuntungan).
PMB Tijari membuat pembayaran untuk komoditi
PMB Tijari mendapatkan komoditi
Komoditi dijual kepada pelanggan
Pelanggan menjual komoditi kepada pembeli ketiga
Pembeli ketiga membayar tunai untuk komoditi
Pelanggan membayar balik kepada PMB Tijari dengan kos ditambah keuntungan